13 June 2012

Siapakah Ustaz Azhar Idrus?



Latarbelakang Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Bin Idrus dilahirkan pada 12 Febuari 1968 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu. Berikut adalah latarbelakang pendidikan beliau :-

Guru pertama: Tuan Guru Hj Syed Mokhtar
-          Tamat lebih kurang 40 buah kitab2 jawi secara talaqi

Guru kedua: Al-Fadhil Tuan Guru Mohd Tahir
-          Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah

Guru ketiga: Tuan Guru Mohd Hakim
-          Mula mendalami kitab2 bahasa arab seperti Nahwu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh

Guru keempat: Tuan Guru Hj Hasyim
-          Mendalami kitab-kitab arab dalam bab Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh

Guru kelima:  Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir
-          Mendalami kitab Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah

Guru keenam: Tuan Guru Hj Muhammad Zubir
-          Mendalami  ilmu fiqh & nahwu

Guru ketujuh: Tuan Guru Hj Mohd Zain ( Pondok Lubuk Pandan )
          Mengaji ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir, & Balahgoh

Beliau mula berdakwah pada tahun 1995

SIla lihat video dibawah.







Cara Penyampaian Ilmu Ustaz Azhar Idrus
-         
 Ilmu tauhid, fiqh, hadith, tafsir disampaikan/diterjemahkan secara mudah kepada orang ramai berpandukan kitab. Menyampaikan ceramah dan berdakwah melalui kuliyah mingguan, bulanan dan undangan merangkumi semua tempat termasuk di masjid, surau, pejabat, pusat-pusat pendidikan, dan tempat-tempat  aktiviti orang awam.
-          Terdapat juga undangan ceramah dari luar negara seperti Singapura, Thailand, Qatar, Melbourne, Mesir, Jordan, Wales, London dan Brunei tetapi beliau tiada kelapangan lagi untuk memenuhi undangan-undangan tersebut. 
-          Selain daripada berceramah di semua tempat, beliau juga menyebarkan ilmu melalui internet ( Web, Facebook, Yahoo! Messenger – menjawab soalan tertangguh yang diajukan semasa ceramah-ceramah diadakan ).
-          Menurut beliau, Web, Facebook, Yahoo! Messenger adalah merupakan podium untuk berdakwah.
-          Dahulu, beliau juga mengajar ilmu tauhid, fiqh, hadith, dan tafsir secara mendalam kepada orang awam tetapi oleh kerana masalah kesibukan, beliau menanggguhkannya dahulu. Selain itu, penangguhan ini juga adalah kerana kurangnya sambutan daripada orang awam disebabkan oleh penggunaan kitab berbahasa arab.
-          Selain daripada dijadikan video, ceramah-ceramah beliau juga sedang dibukukan/dijilidkan.

Skop Dakwah / Penyampaian Ilmu Ustaz Azhar Idrus

Kuliah secara tidak formal.

-          Cara dakwah beliau berlainan sedikit kerana beliau mengikuti perkembangan semasa  dan bercampur dengan semua golongan seperti geng motor, kereta, muzik, skuter, bola, futsal, fotografi, mat-mat rempit dan ‘couple’.
-          Formula dakwah beliau antaranya ialah mendekati semua golongan terutamanya muda-mudi di tempat-tempat mereka berkumpul dan memasukkan rasa ingin belajar agama dikalangan mereka.
-          Menurut beliau lagi, terdapat dua perkara apabila berhadapan dengan golongan muda-mudi yang lalai iaitu kita mesti tegur, cemburu serta marah kerana Allah dan sayang kepada mereka serta suka kalau mereka berubah pada suatu masa nanti
-          Selain itu, fahami minat masakini dan tunjukkan apa yang mereka suka itu pun beliau suka tetapi ada yang lebih baik lagi dari itu ( Iaitu belajar agama dengan menghadiri kuliah dan ceramah agama. Sekiranya malu, mereka boleh lihat melalui internet ).
-          Seterusnya formular beliau ialah mesra dengan semua golongan, tegur, senyum dan bergurau senda.
 
Teknik Penarikan Pendengar Kuliah
GOLONGAN KANAK-KANAK
GOLONGAN MUDA
GOLONGAN DEWASA
GOLONGAN TUA

- Buat lawak dan penyampaian ilmu secara tidak formal.

- Dalam kuliah sebut apa yang disukai seperti cerita kartun sebagai contoh dalam selingan penyampaian ilmu.


- Buat lawak dan penyampaian ilmu secara tidak formal.

- Dalam kuliah sebut apa yang disukai seperti futsal,mat rempit, muzik dan lain-lain sebagai contoh dalam selingan penyampaian ilmu.

- Buat lawak dan penyampaian ilmu secara tidak formal.

- Dalam kuliah kepada ibu bapa, sebut pasal masalah anak-anak masa kini sebagai contoh dalam selingan penyampaian ilmu.

-Terangkan hukum dengan mudah.


-Apabila golongan ini sudah nampak ilmu tersebut, maka mereka jadi suka dan berminat hendak mendalami ilmu agama.
Jadual 1 : Kategori teknik penarikan pendengar kuliah.

Jadual Kuliah Agama

-          Terdapat lebih kurang 30 buah surau dan masjid yang beliau adakan kuliah tetap sepanjang sebulan. Ini tidak termasuk masjid dan surau yang mengundang beliau untuk kuliah undangan. 
-          Kuliah undangan akan diselingkan pada waktu lapang atau mengikut waktu undangan tersebut.
-          Kebiasaan kuliah akan diadakan pada waktu maghrib dan jarang dilakukan pada waktu-waktu lain. Melainkan kuliah undangan, ia akan diadakan pada waktu-waktu lain seperti lepas zuhur.
 
sumber: 
Penulis: AZLINA BINTI AZIZAN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...