18 July 2008

Sepi 2008

Sepi Arahan Kabir Bhatia

Bisikkan pada bulan

Kembalikan temanku

Kekasihku, syurgaku


Tanpa dia, malam menemaniku

Sepi memelukku


Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam

Biar ia sepi sepertiku


Sebagai permulaan, tahniah diucapkan kepada Kabir Bhatia yang berjaya menghasilkan filem melayu sehebat ini. tahniah!!!


seperti biasa Kabir mengetengahkan elemen cinta sebagai tema dalam Sepi. saya baru je lepas tengok Sepi..memang filem ini adalah filem melayu yang terbaik pernah saya tonton. tidak keterlaluan kalu nak cakap, filem terbaik 2008 dan saya pasti filem ini akan menjadi lagenda.


kaedah penceritaannya juga seakan Cinta..setiap babak penuh makna yang tersirat.. ada 3 kisah cinta yang berlainan, namun dipenghujung cerita, kesemua 3 cerita berkenaan seakan akan menjadi 1 dan melengkapkan maksud sebenar Sepi dan mesej yang cuba disampaikan oleh Kabir. i’ll bet you all mesti tangkap nangis punya…namun ada beberapa babak yang pastinya membuatkan penonton salah faham..biasalah tu..nak tau ape dia, tengoklah Sepi.


dengan barisan pelakon handalan dan berbakat besar, mereka bijak memainkan watak masing2 dengan penuh karisma oleh yang demikian setiap lakonan mereka telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam setiap penonton yang menonton Sepi..begitu juga dengan saya..lakonan Afdlin, Nasha, Tony Eusoff, Eja, Vanida Emran, Pierre Andre, Baizura Kahar serta yang lain wajar dipuji kerana lakonan berkesan mereka..


terdapat banyak babak dalam Sepi yang meruntunkan jiwa sehingga mampu menitiskan air mata, termasuklah saya.huhuhu.. ditambah pula dengan muzik latar yang sangat menarik dan banyak mempengaruhi mood penonton…ingatkan pada awalnya, banyak humor yang cuba disampaikan namun setelah mengikuti filem ini sehingga ke akhirnya, lebih banyak memainkan emosi sedih dan terharu..huhuhu..meruntun jiwa daku..


Sepi lebih kepada sekual Cinta di mana mengetengahkan elemen cinta. tapi, Sepi juga membuktikan mampu mempunyai aura serta kekuatan yang tersendiri. Gua tabik salute kat lu, Kabir!!! kalu Cinta memang best, Sepi lagi best!! korang akan sapat lihat kekuatan Sepi terletak pada skripnya..ada satu dialog afdlin yang paling menyentuh hati aku iatu “Kenapa bertemu kalau sekadar untuk berpisah?”…perghhh, meremang bulu roma daku…dan banyak lagi yang korang sendiri kena dengar dan hayati…


so, kepada yang masih belum tengok Sepi, masih belum terlambat lagi bro!! terutama kepada yang sering berasa sepi, tiada sesiapa di kiri dan kanan anda, tengoklah Sepi kerana filem ini untuk anda (cheh, pinjam sket dialog Afdlin..).. lepas tengok Sepi, mesti you all akan mempunyai persepsi baru tentang cinta. Sepi juga banyak menyedarkan aku tentang cinta, pengorbanan dan takdir..tontonlah Sepi, tiket wayang yang anda beli itu takkan sia - sia. cerita banyak pun tak guna, kalu nak rasa betapa hebatnya Sepi ini, tengoklah sendiri, k!


P/S : First time buat ulasan tentang filem.. Sepi The Great!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...