08 January 2011

Tips atasi masalah perut buncit


Bersarapan dengan Yogurt
• Pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dipercayai dapat membantu menghilangkan lemak pada perut.

Jangan gelojoh ketika makan
• Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia benar-benar hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan ter sekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk dihadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit.

Kurangkan pengambilan garam
• Pengambilan garam yang banyak di dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memaksa air keluar dari sel badan dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan.

Minum air
• Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia
juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

Pengambilan serat yang tepat
• Pengambilan serat dari buah-buahan seperti pear dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.


source : wanita2u

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...