06 June 2012

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman


Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa menghadap Allah (meninggal dunia), sedangkan ia  biasa melalaikan Shalatnya,
maka Allah tidak mempedulikan sedikit-pun perbuatan baiknya (yang  telah ia kerjakan tsb)".

(Hadist Riwayat Tabrani)

  • Bersyukur apabila mendapat nikmat;
  • Sabar apabila mendapat kesulitan;
  • Tawakal apabila mempunyai rencana/ program;
  • Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
  • Jangan membiarkan hati tenggelam dalam kesedihan;
  • Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
  • Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
  • Jangan usil dengan kekayaan orang;
  • Jangan hasud dan iri hati atas kejayan orang;
  • Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
  • Jangan tamak haloba kepada harta;
  • Jangan terlalu mengimpikan sesuatu kedudukan;
  • Jangan hancur kerana kezaliman;
  • Jangan goyah kerana fitnah;
  • Jangan bekeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
  • Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
  • Jangan sakiti perasaan ayah dan ibu;
  • Jangan usir orang yang meminta-minta;
  • Jangan sakiti anak yatim;
  • Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
  • Jangan  membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
  • Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
  • Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
  • Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah dan di masjid;
  • Biasakan shalat malam;
  • Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
  • Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
  • Sayangi  dan santuni fakir miskin;
  • Jangan ada rasa  takut kecuali hanya kepada Allah;
  • Jangan marah  berlebih-lebihan;
  • Cintailah seseorang dengan  tidak berlebih-lebihan;
  • Bersatulah karena  Allah dan berpisahlah karena Allah;
  • Berlatihlah konsentrasi pikiran;
  • Penuhi janji  apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
  • Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan  iblis/syaitan;
  • Jangan percaya ramalan  manusia;
  • Jangan terlampau takut miskin;
  • Hormatilah setiap orang;
  • Jangan terlampau takut kepada manusia;
  • Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
  • Bersihkan harta dari hak-hak orang lain;
  • Berlakulah adil dalam segala urusan;
  • Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
  • Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
  • Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
  • Perbanyaklah & menyambung silaturahmi;
  • Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
  • Bicaralah secukupnya, jangan berbicara dengan berteriak;
  • Beristri/ bersuami kalau sudah siap  segala-galanya;
  • Hargai waktu, disiplin waktu  dan manfaatkan waktu;
  • Biasakan hidup bersih,  tertib dan teratur;
  • Jauhkan diri dari  penyakit-penyakit batin;
  • Sediakan waktu untuk  santai dengan keluarga;
  • Makanlah secukupnya  tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
  • Hormatilah kepada guru dan ulama;
  • Sering-sering bershalawat kepada nabi;
  • Cintailah keluarga Nabi Muhammad SAW;
  • Jangan  terlalu banyak hutang ataupun royal;
  • Jangan  terlampau mudah berjanji;
  • Selalu ingat akan  saat kematian dan sedar bahwa kehidupan dunia  adalah kehidupan sementara;
  • Jauhkan diri dari  perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti  berbual perkara yang tidak berguna;
  • Bergaullah  dengan orang-orang shaleh;
  • Sering bangun di  penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
  • Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
  • Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
  • Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas  kejahatan dengan kejahatan lagi, balaslah dengan  kebaikan;
  • Jangan membenci seseorang kerana  fahaman dan pendirian ataupun berbeza pendapat;
  • Jangan benci kepada orang yang  membenci kita;
  • Berlatih untuk berterus terang  dalam menentukan pilihan yang sesuai;
  • Ringankan  beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan;
  • Jangan  melukai hati orang lain;
  • Jangan membiasakan  berkata dusta;
  • Berlakulah adil, walaupun kita  sendiri akan mendapatkan kerugian;
  • Jagalah  amanah dengan penuh tanggung jawab;
  • Laksanakan  segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
  • Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
  • Jangan membuka aib orang lain ataupun berburuk sangka;
  • Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat  pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
  • Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
  • Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah  dilakukan;
  • Jangan susah hati kerana miskin dan  jangan sombong kerana kaya;
  • Jadilah manusia  yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
  • Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang  lain;
  • Jangan membuat orang lain menderita dan  sengsara;
  • Berkatalah yang baik-baik atau tidak  berkata apa-apa;
  • Hargai prestasi dan pemberian  orang;
  • Jangan habiskan waktu untuk sekadar  hiburan dan kesenangan;
  • Akrablah dengan setiap  orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan;
  • Sediakan waktu untuk bersukan yang sesuai dengan norma-norma agama dan keadaan diri kita;
  • Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu;
  • Ikutilah  nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
  • Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
  • Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu,  dan jangan berkata sesuatu yang dapat  menyebabkan orang lain terhina;
  • Jangan cepat  percaya kepada berita buruk yang berkaitan dengan teman kita, sebelum diperiksa kebenarannya;
  • Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
  • Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
  • Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang di  luar kemampuan diri;
  • Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari  kenyataan kehidupan;
  • Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan  kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
  • Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang;

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...