06 June 2012

Tatacara Solat Tasbih



Solat ini dinamakan solat tasbih atau  tasabih kerana didalamnya mengandungi 300 tasbih. Lafaz tasbih:  Subhanallah, wal hamdulillah,  wala ilaha illa Allah, wallahu akbar. Banyak kelebihan bertasbih memuji Allah. Antaranya:

Sabda Rasulullah:
Dua kalimah yang mudah diucapkan oleh  lidah, tetapi kedua-dua kalimah itu berat pada timbangan Allah, kedua-dua kalimah itu disukai oleh Tuhan al-Rahman iaitu: Subhanallahi wabihamdihi, subhanallah al ‘azim.
 

Sabda Rasulullah:
Bahawa aku ucapkan:  Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar; lebih aku sukai dari segala apa yang ada pada hari itu.

Sabda Rasulullah:
Empat perkataan yang amat disukai oleh Allah Ta’ala, yang tidak menjadi masalah engkau memulakannya  dengan menyebut mana-mana dahulu: Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...