09 May 2011

Hargai Ibunda Anda! Happy Mother's Day!

Hi dear readers!

Sempena dengan sambutan hari ibu kelmarin, saya mahu mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu - ibu seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Terutama pada Ibunda tercinta saya Puan Suliah Bte Kamilin!

Spoiler!

Pertama sekali, saya rasa agak janggal sebab menulis dalam bahasa melayu sepenuhnya. Sebab biasanya saya lebih selesa menulis dalam English atau rojak sedikit.

Ini hanyalah salah satu tulisan dari beribu penulisan bloger yang ada. tetapi saya hendak juga menulis dan menyampaikan pendapat saya.


Signifikasi Ibu :

Kedudukan ibu  dalam Islam diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dan terpuji. Setiap kata - kata ibu adalah doa, hatta ketika ibu memarahi kita, itu juga Allah kira sebagai doa dan perlu diingat bahawa doa ibu adalah mustajab yakni sampai terus ke Allah tanpa sebarang hijab ataupun penghalang, sama seperti doa orang yang teraniaya.

Sayangilah ibu dan ayah, dalam konteks sekarang, ibu, selagi mereka masih ada. Ibu kita ada seorang sahaja. Tiada galang ganti, tiada tolok bandingnya hatta kepada ibu angkat, ibu tiri atau ibu saudara sekalipun.

Sayangilah ibu kita. Tanyalah khabar mereka sekali sekala walaupun kita sibuk mana sekalipun. Ibu sentiasa menantikan kita bertanyakan khabar mereka setiap masa, kerana ibu tidak pernah melupakan anak - anaknya. Jasa serta pengorbanan ibu tidak pernah mampu dibandingkan dengan segala kemewahan di dunia ini. Hatta kita tidak mampu sekalipun hendak membalas setitis air susu ibu. 

Apa yang mampu kita buat?

Hanya Allah yang mampu membalasnya. Hadiahkanlah Al-Fatihah kepada ibu bapa kita setiap kali selepas solat. Hadiahkanlah keberkatan serta pahala surah berkenaan untuk ibu dan ayah kita.
Sayangi ibu, kasihi ibu, cintai ibu..


Apa yang tidak kena dengan Hari Ibu?

Jangan sesekali menganggap hanya pada hari ibu kita baru hendak menunjukkan yang kita sayang mereka. Islam menuntut kita sentiasa berasa kasih pada ibu setiap hari setiap masa. Jangan mudah jatuhkan hukum dengan mudahnya dengan beberapa hadis untuk memberi gambaran bahawa Hari Ibu adalah haram. Ingatlah kita boleh jatuh pada hukum jahil dan sesat dengan mentafsirkan hadis mengikut kehendak kita sendiri, oleh yang demikian sentiasalah mencari guru agama untuk tafsiran hadis berkenaan kerana ia lebih dituntut.Kita tidak dilarang untuk mengambil kebaikan yang datang darinya. Jadi ambil yang baik, buang yang jahat.

Semoga kita mendapat sedikit manfaat dari tulisan kecil saya ini. Insya'allah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...