18 July 2008

Cinta tak datang hanya sekali.

Kemunculan Sepi dengan mengetengahkan tema Cinta sebagai pelaris dilihat masih menjadi dan berdasarkan kepada sambutan yang diberi, masih menjadi dalam pasaran Filem Malaysia. Seolah - olah mengulangi kegemilangan filem Cinta, Sepi kali ini menggunakan tagline "cinta tak datang hanya sekali".

jika sekali imbas kita lihat yang tagline berkenaan memberi maksud cinta yang hadir dalam hidup insan tidaklah hanya datang sekali seumur hidup. saya benar - benar tertarik dengan tagline ini.jadi tak salah jika saya ingin berborak mengenainya.

kebanyakan insan - insan diluar sana masih berfikiran cetek tentng cinta.. mereka masih mengatakan yang mereka hanya jatuh cinta sekali seumur hidup. from my own personal opinion, cinta itu anugerah. anugerah dari Yang Maha Esa.dianugerahkan kepada hamba-hambanya yang layak menerima Cinta itu.

maksud saya layak menerima cinta itu, bermakna insan itu benar-benar mengerti apa makna cinta dalam konteks kehidupan dan realiti. insan yang sangup mengenetepikan kepentingan peribadi untuk cinta, sanggup mendahulukan orang yang dicintai lebih dari diri sendri apatah lagi orang lain.

namun, persoalan yang paling rumit sekali adakah mereka sangup berkorban segalanya demi cinta apabila tiba waktunya untuk mereka berbuat demikian?apakah mereka sanggup memperjuangkan cinta mereka sehingga hujung nafas?hanya waktu yang mampu membuktikan samada mereka layak untuk menyintai dan dincintai..hanya masa...

jelas sekali semasa menonton Sepi, mesej cinta tidak mengenal masa dan keadaan..cinta boleh hadir disaat kita baru sahaja kehilangan orang yang paling dicintai.cinta yang teramat juga mampu menumbuhkan ilusi orang yang dicintai di mata kita, walaupun insan berkenaan mati dihadapan mata kita.cinta tidak akan pergi selagi kita tidak berputus asa mencari dan terus menanti ia datang dan di saat ia mahu pergi jauh kita bisa menahannya dari melangkah pergi.

cinta tak datang hanya sekali..

Sepi 2008

Sepi Arahan Kabir Bhatia

Bisikkan pada bulan

Kembalikan temanku

Kekasihku, syurgaku


Tanpa dia, malam menemaniku

Sepi memelukku


Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam

Biar ia sepi sepertiku


Sebagai permulaan, tahniah diucapkan kepada Kabir Bhatia yang berjaya menghasilkan filem melayu sehebat ini. tahniah!!!


seperti biasa Kabir mengetengahkan elemen cinta sebagai tema dalam Sepi. saya baru je lepas tengok Sepi..memang filem ini adalah filem melayu yang terbaik pernah saya tonton. tidak keterlaluan kalu nak cakap, filem terbaik 2008 dan saya pasti filem ini akan menjadi lagenda.


kaedah penceritaannya juga seakan Cinta..setiap babak penuh makna yang tersirat.. ada 3 kisah cinta yang berlainan, namun dipenghujung cerita, kesemua 3 cerita berkenaan seakan akan menjadi 1 dan melengkapkan maksud sebenar Sepi dan mesej yang cuba disampaikan oleh Kabir. i’ll bet you all mesti tangkap nangis punya…namun ada beberapa babak yang pastinya membuatkan penonton salah faham..biasalah tu..nak tau ape dia, tengoklah Sepi.


dengan barisan pelakon handalan dan berbakat besar, mereka bijak memainkan watak masing2 dengan penuh karisma oleh yang demikian setiap lakonan mereka telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam setiap penonton yang menonton Sepi..begitu juga dengan saya..lakonan Afdlin, Nasha, Tony Eusoff, Eja, Vanida Emran, Pierre Andre, Baizura Kahar serta yang lain wajar dipuji kerana lakonan berkesan mereka..


terdapat banyak babak dalam Sepi yang meruntunkan jiwa sehingga mampu menitiskan air mata, termasuklah saya.huhuhu.. ditambah pula dengan muzik latar yang sangat menarik dan banyak mempengaruhi mood penonton…ingatkan pada awalnya, banyak humor yang cuba disampaikan namun setelah mengikuti filem ini sehingga ke akhirnya, lebih banyak memainkan emosi sedih dan terharu..huhuhu..meruntun jiwa daku..


Sepi lebih kepada sekual Cinta di mana mengetengahkan elemen cinta. tapi, Sepi juga membuktikan mampu mempunyai aura serta kekuatan yang tersendiri. Gua tabik salute kat lu, Kabir!!! kalu Cinta memang best, Sepi lagi best!! korang akan sapat lihat kekuatan Sepi terletak pada skripnya..ada satu dialog afdlin yang paling menyentuh hati aku iatu “Kenapa bertemu kalau sekadar untuk berpisah?”…perghhh, meremang bulu roma daku…dan banyak lagi yang korang sendiri kena dengar dan hayati…


so, kepada yang masih belum tengok Sepi, masih belum terlambat lagi bro!! terutama kepada yang sering berasa sepi, tiada sesiapa di kiri dan kanan anda, tengoklah Sepi kerana filem ini untuk anda (cheh, pinjam sket dialog Afdlin..).. lepas tengok Sepi, mesti you all akan mempunyai persepsi baru tentang cinta. Sepi juga banyak menyedarkan aku tentang cinta, pengorbanan dan takdir..tontonlah Sepi, tiket wayang yang anda beli itu takkan sia - sia. cerita banyak pun tak guna, kalu nak rasa betapa hebatnya Sepi ini, tengoklah sendiri, k!


P/S : First time buat ulasan tentang filem.. Sepi The Great!!!

OST Sepi

nothing much this time…just brought to you guys a few songs from the Marveleous Movie “Sepi”.Enjoy maa..


Here’s i give you the full list of OST Sepi :


OST Sepi
1. Kau Ada Dia - The Lima
2. Diari Seorang Lelaki - Pretty Ugly
3. Senyum Indah - Crush!
4. Sepi - Yuni Shara
5. Aku Bukan Untukmu - Zaf & Lah
6. Jatuh Cinta - Pacai
7. Mungkin - Anuar Zain
8. Kembang Perawan - Gita Gutawa
9. Oh! Asmara (versi dialog) - Nora
10. Aku Dan Bulan - Hubuonen
11. Puisi Sepi - Baizura Kahar
12. Kita - Nieyl Mentor
13. Vocalizing - Gita Gutawa
14. Sayang-sayang 2008- Aliff Aziz
15. Rindu - Saiful
16. Seribu Kenangan - Didicazli
17. Hilang - Diddy
18. Seribu Tahun - Imran Ajmain

still work out to povide a link for all songs, but this is the available one right now so far.hepi donlod ma..

Gita Gutawa - Kembang Perawan

Lirik :

Ketika surya menampakkan cahayanya
Ku gapai hari terangku
Menanti sebuah cerita
Yang pasti akan terjadi di diriku
Kini ku mulai mengerti artinya cinta
Walau senda tawa
Namun hatiku mulai merasa
Bila dekat lelaki aku pun malu…
Akulah kembang perawan
ingin mulai merasa
Perasaan yang pasti
milik semua insan
Aku mulai jatuh cinta
Papa biarlah aku
menikmati semua anugerah
di hidupku

Link :

http://w14.easy-share.com/1700935223.html


Gita Gutawa - Vocalizing

Link :

http://w15.easy-share.com/1700935249.html


Yuni Shara - Sepi

Lirik :

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi

Biar senyum hadir di hariku
Namun ini hanya ada di bibir
Di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
Walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban di hidupku
Biarkan saja biar saja
Hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap kuberdiri
Oh! ada saatnya kubicara
Bila hatiku t'lah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam

Link :

http://w14.easy-share.com/1700935287.html


Zaf & Lah - Aku Bukan Untukmu

Lirik :

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku….
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku….
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku…
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku….
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu…
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Link :

http://w14.easy-share.com/1700935361.html


Anuar Zain - Mungkin

Lirik :

Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisusepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Mungkinkah bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati nan suci
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terabat kini

Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Hanya satu pintaku
Sabarlah menanti
Ku kan pulang bersama
Cinta...

Link :

http://w14.easy-share.com/1700935505.html


Puisi Sepi - Baizura Kahar

Lirik :

Bisikkan pada bulan

Kembalikan temanku

Kekasihku, syurgaku


Tanpa dia, malam menemaniku

Sepi memelukku


Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam

Biar ia sepi sepertiku

Link :

http://w14.easy-share.com/1700935525.html


The Lima - Kau Ada Dia

Lirik :

Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa

Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia

Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia.

Link :

http://w17.easy-share.com/1700935623.html


Nieyl - Kita

Link :

http://w14.easy-share.com/1700935658.html


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...