- Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
- Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT.
- Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak yang mana kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Ia adalah seperti pelacur. Bersederhanalah.
- Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
- Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengumpat baik lelaki atau perempuan kerana dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
- Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya lalu menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
- Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek.
LOKMAN ADAM JAWAB HILMAN BERHUBUNG PEMBIAYAAN SWASTA SEMASA LAWATAN PM KE
LUAR NEGARA
-
1. Terlebih dahulu, sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dengan
kejayaan yang dikecapi hasil Lawatan Kerja Rasmi Delegasi Kerajaan Malaysia
k...
2 hours ago
1 comment:
nice post!keep it up...
Post a Comment