Showing posts with label 50 tips. Show all posts
Showing posts with label 50 tips. Show all posts

21 June 2011

Saya tak nak ingat itu semua!



Dear readers,

don't you want to forget something..? something that bad, sad memories?
saya juga mahu lupakan sesuatu perkara.
yang menjengkelkan.
yang menyakitkan.
yang menyedihkan.
seriously.

i prefer to forget it rather than to forgive it.

i am not easily into forgiving anyone.





but, to love is to forgive.
i know that.
so, even sekarang sy msih cuba untuk memaafkan.

so bagaimana nak lupakan something?
even anyone will try to remember more and more things eveyrday..
but kita juga kena tau macamna nak lupakan and let go some things too..
in fact, actually its not that easy to forget just by not thinking of it..

There are still some instances when you just remember them out of the blue, or you encounter things, events, and people which remind you of those memories-and these cannot be avoided. 

but at least we try, and we have.. 

wanna know how i'm doing it?

15 June 2011

50 Tips Membentuk diri ke arah Suami Mithali



Petikan ini dipetik dari Buku "Langkah Bestari Suami MIthali" karya Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah. Sila ambil ikhtibar dan pengajaran dimana salah silap kita kerana manusia itu lemah sifatnya.



1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...