24 January 2011

Jalan Jalan ke Air Terjun Kota Tinggi - Pt 1

Sejarah Air Terjun Kota Tinggi.

Air Terjun Kota Tinggi adalah salah satu pusat rekreasi yang terkenal di negeri Johor. Perjalanan bandar Kota Tinggi untuk pergi ke air terjun sejauh 15km itu mengambil masa di antara 20 hingga 40 minit dari tol Ayer Hitam, dan bergantung kepada kelajuan pemanduan, dan dari mana anda bertolak.

Sila baca sambungan post bahagian ke 2 ini di sini.


Asalnya, air terjun ini diurus oleh kerajaaan negeri, kemudian berpindah tangan kepada kerajaan pusat, dan diswastakan pada tahun 1990. Selepas bertukar tangan, keadaan menjadi kurang terurus. Pada tahun 2006 pengurusannya diambil alih pula oleh Only World Group. Syarikat ini telah mengambil langkah-langkah sewajarnya memajukan tempat itu  bagi menarik pelancong datang ke situ.

Di sekitar air terjun yang terletak di Gunung Muntahak ini  juga terdapat banyak monumen sejarah seperti petempatan dan kubu Jepun. Kawasan ini dahulunya pernah didiami oleh askar Jepun kerana ia terletak berhampiran sebuah lombong bijih besi. Malah terdapat juga sebuah batu yang boleh melekat pada magnet.

Bayaran masuk ke kawasan air terjun ini adalah RM7.50 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Kenderaan pula dikenakan RM3 bagi kereta dan  RM1 bagi motosikal. Bayaran ini adalah untuk menampung kos penyelenggaraan dan penambahbaikan seperti menjaga kebersihan dan keselamatan.  Ia juga bagi meningkatkan  kualiti kawasan rekreasi tersebut seperti meletakkan pasir putih pada dasar sungai agar airnya kelihatan jernih.

Menurut maklumat pihak pengurusan, hampir 1000 pengunjung dari dalam dan luar negara datang ke situ setiap hujung minggu. Pada musim cuti sekolah atau hari-hari kelepasan am,  jumlah pengunjung meningkat sehingga 4000 orang.

Air terjun setinggi 34 meter itu bukanlah satu-satunya daya tarikan yang ada di sini. Selain papan luncur dan tiga kolam mandi semula jadi, pusat rekreasi itu turut menyediakan tempat penginapan seperti chalet dan dorm, tapak perkhemahan, restoran, bilik mesyuarat Malah terdapat juga sebuah batu yang boleh melekat pada magnet dan kolam renang.

Penginapan dibahagikan kepada pakej-pakej tertentu mengikut bilangan pengunjung. Bagi pengunjung yang mahu merasai pengalaman dalam hutan, mereka boleh melakukan aktiviti paint ball in forest, iaitu situasi berperang di dalam hutan, jungle tracking, jungle night walk, dan flying fox.

Air terjun yang terletak di kawasan hutan tebal hijau dengan airnya yang dingin dan dipenuhi dengan  bunyi unggas hutan ini sememangnya dapat memberi ketenangan kepada pengunjungnya. 

entrance masuk ke main pool



air yg sangat jernih, bersih..x dalam sgt..

highest pool, pling tinggi kt sana cuma visitors not allowed to swim in it..

air nye mmg jernih..rugi x mndi...

dri atas tgk pon nmpk dsar...

ni area pool yg restricted to swim...mmg nmpak dalam pon..

waterfalls..so beautiful...

the road is a bit drifting-alike...mmg syok kalo dpt main drift kt sane...

in a pursuit!!!

you can see clearly mount of panti all the way to the waterfalls..

3 comments:

Hanif said...

pnh smpai kt sni. tp kt pntu pgar luar je..sbb nk msuk kne byar..xjd..huhuhu..bru blik dr mlaka..duit dh kring..lgpun bkn nk mndi..lgpun tgk sngai yg kt luar tu mcm kcik je, xtaw lak kt dlm cntik..

jmpe blog ni dari gadget apesal. salam perkenalan.

۞мŘ╬äҖŽĽäŊ۞ said...

oh, knapa xmasuk kalu da smpai?hehe
xpe lain kali leh pegi k.
best, swimming pool dia ssuai untuk sume umur,x dalam sgt la..
anyway, salam perkenalan juga.

Hanif said...

pegi bkn nk mndi..sje singgah..nk blik btu.phat..tgk kne byar..xjd ar..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...