Dari Riwayat at-Tarmizi :
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.
Para sahabat bertanya lagi, wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah ialah orang yang takbur.
Huraian :
1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti.
2. Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.
3. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.
p/s : Amalkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W setiap kali selepas solat yang mana banyak kelebihannya..
MEMBISU BILA KES ARWAH WAN AH. AD FARIS
-
Aiman Aiman
Lebai2 dajjal dengan berjubah serban perot buncit banyak makan benda benda
haram melalak justice for Zara atas pentas smbil edar tin milo....
4 hours ago
No comments:
Post a Comment